[AY] BAKAR, JAAFAR & CO 'BUDAK MADRASAH PALING LEJEN' [RAK PUTIH]

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
In stock
+

"Hukum nikah terbahagi kepada tiga iaitu haram, makruh dan harus." Ustaz Muaz memulakan bacaan kitab. Kemudian, dia diam.

"Ustaz, minta izin bertanya," Bakar mencelah sebelum si ustaz menyambung bacaannya.

"Ya."

"Hari ni rasa seronok pulak, tidak macam hari-hari lain. Angin bertiup nyaman, langit pun nampak cerah membiru."

"Ya la. Sampai bab nikah terus rasa bahagia. Bab solat hang dok mengantuk saja," kata Jaafar.

"Rumput di padang segar menghijau. Bunga-bunga hutan harum mewangi." Bakar tidak menghiraukan kata-kata Jaafar.

"Hang dah kenapa, Bakaq?" tanya si ustaz .

"Entah, tiba-tiba rasa indah pula. Best la ustaz... rasa macam ni."

Ustaz Muaz hanya menggeleng. Kata Jaafar, "Kena panggil orang baca ruqyah ni. Bab nikah tahun lepas tak jadi macam ni pun."

Buku ini adalah sambungan anekdot 'Budak Madrasah' yang menyajikan babak-babak lucu tapi berilmu berkaitan pengalaman Bakar, Jaafar dan rakan-rakannya. Setiap babak disusun mengikut kronologi kehidupan sepanjang tahun di madrasah.

No reviews found