Save 15%

Asbabun Nuzul: Edisi Kemas Kini - Flexi Bind (L169,Z31)

Write a review
Old price: RM65.00
RM55.25
You save: RM9.75 (15%)
Ask a question
978-967-481-252-2
Out of stock

Format: Paperback

ISBN-13: 978-967-481-252-2

Tarikh Terbit: 22 Dec 2018

Jumlah Muka Surat: 896

Dimensi: 23.3 cm x 15.5 cm x 6.4 cm

 

SINOPSIS

 

Memahami peristiwa, memandu pentafsiran.

Buku Asbabun Nuzul: Sebab-Sebab Turunnya Ayat al-Quran ini menghuraikan sejarah dan sebab di sebalik peristiwa turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW berdasarkan hujah dan dalil yang sahih. Buku ini dapat membantu orang awam memahami makna-makna al-Quran dengan lebih mudah dan jelas. Ia mengandungi sejarah setiap surah bermula daripada surah Al-Fatihah sehingga surah An-Nas.

Ia disusun dan ditulis oleh dua orang pakar tafsir al-Quran iaitu Professor Dato' Dr Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Dalam percintaan, ada satu pepatah yang terkenal. “Tidak kenal, maka tidak cinta”. Apabila kita mencintai sesuatu tanpa sebarang sebab, nikmat dalam bercinta pasti akan terasa kekurangannya.

Begitu juga sekiranya kita mahu menjadi orang yang mencintai al-Quran. Kita perlu mengenali al-Quran dan mengenal sebab turunnya ayat-ayat al-Quran. Apabila kita mengenalinya, barulah kita dapat merasai betapa indahnya al-Quran. Apabila ayat-ayatnya dibaca dengan penuh kefahaman, hati kita tersentuh, dan ketenangan akan meresap masuk ke seluruh tubuh kita. Jasad yang gersang dengan ketenangan menjadi sangat bahagia, bagaikan tanah gersang yang ditimpa siraman hujan. Pucuk-pucuk iman bercambah subur dan terus membesar menunjangi kepercayaan kita kepada Allah.

Mudah sekali kita memenuhi permintaan orang yang tersayang. Kita memahami permintaan mereka dan tahu apa yang mereka perlukan. Justeru, kita akan melakukan apa sahaja yang dikehendaki dengan penuh kerelaan dan tidak terasa terbeban.

Analogi ini juga sesuai diungkapkan dalam usaha kita mengenali asbabun nuzul. Apabila kita tahu sebab penurunan ayat, memahami bacaan, dan dapat menikmati maksudnya, dengan mudah sekali kita dapat mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya.

Sesuatu ayat tidak mungkin dapat ditafsir dengan sempurna tanpa mengetahui sebab penurunan ayat dan cerita di sebaliknya. Mengetahui sebab turunnya ayat al-Quran adalah jalan yang terang ke arah memahami al-Quran. Apabila kita memahami peristiwa yang berlaku, ia dapat memandu pentafsiran yang tepat kepada al-Quran.

Tanpa mengetahui perkara penting yang menyebabkan ayat al-Quran diturunkan, tafsiran ayatnya boleh terpesong dan mencemarkan kesucian wahyu daripada Allah. Mengetahui asbabun nuzul sangat penting untuk kita menyingkap tabir kesamaran supaya jalan kebenaran menjadi terang.

Usaha kita untuk memahami asbabun nuzul dan mencintai al-Quran pastinya akan dibalas dengan sebesar-besar kurniaan pahala daripada Allah. Walaupun begitu, tidak semua ayat mempunyai sebab penurunannya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui mengapa sesuatu ayat diturunkan tanpa sebab yang khusus.

 

REVIEW

 

Kita boleh tersalah tafsir ayat al-Quran jika kita tidak tahu ayat al-Quran itu diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw disebabkan apa. Dalam bahasa arab, ia dipanggil Asbabun Nuzul yang bermaksud, Sebab Turun Ayat.

Setiap ayat di dalam al-Quran ada sebab yang berbeza-beza mengapa ia diturunkan. Contohnya ayat 11 surah an-Nur, “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.”

Ayat ini diturunkan disebabkan oleh Fitnah yang dilemparkan kepada isteri baginda Nabi Muhammad saw, Saidatina Aisyah ra. Kisah peristiwa Hadithul Ifqi ini adalah kisah fitnah yang terbesar yang berlaku di zaman Rasullulah. Fitnah atau gosip yang diperkatakan pada ketika itu sedikit sebanyak mempengaruhi dan orang disekeliling memandang buruk kepada isteri Baginda dengan seorang sahabat Rasullulah saw yang bernama Safwan bin Mu'attal.

Asbabun nuzul penting untuk diketahui dalam memahami dan merenungi suatu ayat. Beberapa faedah dengan memahami asbabun nuzul di antaranya;

Pertama, seseorang dapat mengetahui hikmah di balik syariat yang diturunkan melalui sebab tertentu.

Kedua, dapat mengetahui pelaku atau orang yang terlibat dalam peristiwa yang mendahului turunnya suatu ayat.

Ketiga, seseorang dapat menentukan apakah suatu ayat mengandungi pesan khusus atau umum dan dalam keadaan bagaimana ayat itu mesti diterapkan.

Keempat, seseorang mengetahui bahwa Allah swt selalu memberikan perhatian penuh kepada Rasulullah saw dan selalu bersama para hamba-Nya. Dari keterangan tersebut, semakin jelas pentingnya mempelajari asbabun nuzul dalam memahami makna ayat-ayat Allah.

Para ilmuan islam yang mendalami ilmu al-Quran bersetuju bahawa ayat-ayat al-Quran dapat kita bahagian dalam dua jenis. Satu yang diturunkan oleh sebab peristiwa-peristiwa tertentu atau menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dilontarkan kepada Nabi Muhammad saw. Kedua, jenis ayat yang diturunkan tanpa memerlukan sebab-sebab atau peristiwa-peristiwa tertentu. Asbabun Nuzul adalah salah satu bab untuk kita mengamati al-Quran dengan lebih baik dan cermat.

No reviews found