SINOPSIS
Solat sunat Rawatib adalah antara amalan yang sangat diutamakan oleh Rasulullah SAW dan Baginda juga menggalakkan umatnya supaya istiqamah melaksanakan solat Rawatib.
Ia bukan sekadar solat untuk menambah pahala, bahkan ia menjadi pelengkap kepada kekurangan dan kecacatan yang terdapat dalam solat fardhu.
Buku ini menerangkan perihal solat sunat Rawatib yang mesti diketahui setiap umat Islam supaya dapat menambah dan meningkatkan amalan sebagai bekal untuk akhirat.
Antara perkara yang dijelaskan ialah:
Pengertian solat Rawatib dan pembahagiannya
Fadhilat solat Rawatib secara umum dan khusus
Kaifiyyat dan cara menunaikan solat Rawatib
Niat dan surah yang dibaca dalam solat Rawatib
Doa serta zikir sebelum dan selepas solat Rawatib
No reviews found