Save 15%

Angkuh & Prasangka Jane Austen [MBC]

Write a review
Old price: RM45.00
RM38.25
You save: RM6.75 (15%)
Ask a question
9789672671220
In stock
+

Tajuk: Angkuh & Prasangka Jane Austen
ISBN: 9789672671220
Penerbit: Biblio Press
Penterjemah: Irni Fazrita
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 609
Halaman: Hitam Putih
Berat (kg): 0.6 kg
Dimensi (cm): 20 cm x 13 cm x 4.5 cm

 


Siapa Darcy di mata seorang Lizzy? Lelaki angkuh, sombong, mewah tetapi megah. Meski berpicing mata, Elizabeth tahu Darcy sama sekali tidak mempersona. Elizabeth benci akan cara Darcy memandang dunia sekelilingnya; merendah-rendahkan, bicaranya meremehkan, sesuai sekali dengan darjatnya sebagai bangsawan. Api kebencian Elizabeth kian marak, apabila mendapat tahu, Darcy pernah melakukan sesuatu perkara yang menurutnya, tidak boleh dimaafkan. Ada sisi lain pada diri Darcy, tetapi Elizabeth mengambil masa yang lama untuk memahami, dan menerima kebaikan yang tersembunyi.

 

Mampukah Elizabeth menebus prasangkanya terhadap keangkuhan Darcy selama ini Akankah tumbuh cinta yang sia-sia atau sesuatu yang bererti? Dalam Angkuh & Prasangka, Jane Austen menumpahkan citra yang memikat tentang hubungan cinta kaum menengah atas Inggeris abad ke-19. Dengan watak yang memukau dan jalan cerita yang mempesona pembaca, tidak hairanlah novel ini kekal relevan sepanjang zaman.

No reviews found