Ammar BIn YAsir : Calon Penghuni Syurga. [Abdul Latip]

Write a review
RM30.00
0.3 kg (RM0.00 per 0 kg)
Ask a question
Price in points: 30 points
In stock
+

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kelahiran beliau, membebaskan status seorang hamba ibunya. Beliau dibesarkan dengan limpahan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Apabila sinar Islam diterimanya tanpa ragu, tiada lain yang menjadi doanya selain ibu bapanya turut sama merasai manisnya Islam.

Beliaulah Ammar bin Yasir, yang rendah kedudukannya dalam kalangan Arab Quraisy kerana status ibunya sebagai bekas hamba, dan ayahnya yang berasal dari Yaman. Ibu bapanya, Sumayyah binti Khubath dan Yasir bin Amir terpesona dengan keindahan Islam, menerima dakwah anak tercinta. Tiga tahun merahsiakan keislaman, Rasulullah mendapat wahyu menyebarkan Islam secara terbuka.

Pengislaman mereka akhirnya dihidu. Beliau menjadi keluarga pertama diseksa kerana mengakui Allah SWT sebagai Tuhan yang satu dan Rasulullah adalah pesuruh-Nya. Seksaan demi seksaan, ibu bapanya yang pertama syahid di jalan Allah SWT, dijanjikan syurga yang abadi. Menjadi yatim piatu, Ammar bin Yasir tidak berpaling lagi. Beliaulah sahabat Nabi Muhammad SAW yang berjuang bermati-matian untuk Islam. Beliaulah yang disabdakan nabi sebagai seorang tidak diberi dua pilihan kecuali beliau akan memilih yang terbaik.

Gugurnya beliau, syahid mempertahankan Islam sehingga akhir usianya. Mulianya beliau, pernah menjadikan wajah Nabi Muhammad SAW berseri-seri mengingatkan betapa syurga merindui Ammar bin Yasir.

No reviews found