SETELAH diberhentikan sekolah, seawal usia tiga belas tahun, Midi sudah mula mengerahkan tulang empat keralnya untuk membantu keluarga mencari rezeki. Dia perlu segera matang sebelum waktunya. Namun, ado sesuatu yang dia ingin ibu bapanya mengerti Hakikatnya dia hampa keciciran dalam alam persekolahan. Andainya berterusan begint, Midi percaya nasib keluarganya sukar untuk diubah kelak.
Kabus tebal yang menyelubungi hidupnya mula ditembusi cahaya tatkala dia menjadi kedi kepada Hashim di padang golf. Tatkala seiringan di lapangan, Hashim dapat menduga kecerdasan dan kebijaksanaan fikiran Midi yang mengkagumkan.
Akan rugilah seorang lagi insan yang mempunyai potensi sekiranya tidak diberi peluang belajar. Hashim sedar akan kepentingan ilmu dami membebaskan diri dari belenggu kemiskinan dan kedangkalan. Mungkin usahanya tidak membawa perubahan kepada senario dunia ketika ini, tetapi cukup jika ia sekadar membawa perubahan kepada masa depan remaja ini.
No reviews found