Mekar mengharum? Sedangkan kau tahu aku tidak bisa hidup tanpa hau di sisi. Jangan kata kau lupa saat-saat manis yang pernah kita lalui bersama. Kila pernah menabur kasih dan cinta di taman hati. Kupersembahkan segala yang aku ada untukmu. Apa lagi yang kau maku sudah kuturutkan. Kerana cinta, kasih dan setiaku, kerana janji dan sumpah yang hau lafaz dulu, air mataku ber-linangan. Tapi kau pergi jua...
Yana mengharungi liku-liku hidup sendirian setelah Razman pergi menghadap ILAHI. Jiwanya nanar. Cinta yang terbina sejak di bangku sekolah tidak kesampaian. Luka dan sengsara di hati dirawat sendiri dalam kepayahan.
Kau kata, aku bagai lilin yang menerangi kegelapan duniamu Kehadiranku umpama air di kali yang menyegarkan perasaanmu. Kau sedia berkorban untukku. Sedia merawat kelukaan hatiku. Ku dibual cinta, masih, sayang dan rindumu yang luhur sejati. Tersentak aku dari lamunan yang panjang. Mawar tanpa haruman tidak mungkin disunting buat penyeri syurga asmara. Di tangkai jua la layu....
Cinta Fariz terlalu luhur untuk Yana. Bergetar jiwanya setiap kali berada di sisi jejaka itu. Namun, sudikah Fariz menerima dirinya seadanya? Apatah lagi keluarga Fariz terlalu me-mentingkan maruah dan prestij. Layakkah dia berganding dengan jejaka yang berjaya menakluk hatinya itu?
No reviews found