===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5”
ISBN: 9789830971896
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5”
ISBN: 9789830971896
Jumlah Muka Surat: 227
Berat (Kg): 0.30
===========================
Berat (Kg): 0.30
===========================
“Tarikh bertunang sudah dipersetujui, cuma “ Mak” nak tanya sesuatu. Kamu pernahkah melihat empunya diri?” Bakal ibu mentua saya bertanya. Beliau sudahpun membahaskan dirinya “Emak”.
“Belum, Mak,” saya menjawab sambil tersenyum.
Saya dapat melihat wajah abang saya yang begitu terkejut. Macam mana adiknya boleh bersetuju untuk berkahwin dengan seorang yang belum pernah ditemui?
Rakan-rakan yang mendapat tahu tentang pertunangan saya dengan seorang bakal doktor juga amat terkejut.
“Anta gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anta tak takut kena tinggal?”
Aku Terima Nikahnya adalah rakaman pengalaman penulis dalam membina damai pada sebuah kehidupan berumah tangga. Segalanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima. Menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.
Diolah dalam gaya santai dan pendekatam bercerita, dengan dialog-dialog biasa yang merencah kehidupan sekitar dunia rumah tangga, buku ini imenjanjikan pengalaman membaca yang mengasyikkan. Suami mahupun isteri dibawa menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, lalu belajar untuk saling memahami… demi menyempurnakan perjalanan sebuah rumah tangga berbekalkan syariat Allah dan sunatullah.
No reviews found