Save 15%

Aku, Sajak dan Tuhanku #(L71)

Write a review
Old price: RM19.90
RM16.91
You save: RM2.99 (15%)
Ask a question
9789675378140
Out of stock
Tajuk: Aku, Sajak dan Tuhanku
ISBN: 9789675378140
Penerbit: Citra Kurnia Enterprise
Penulis: R Hamkama
Tahun Terbitan: 2019
Muka Surat: 112
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.210 kg
Dimensi (cm): 21.5 cm x 13.3 cm x 1 cm
 
SINOPSIS
 
Di mana-mana penyair kelihatannya tekun mengutip dan mencatat. Latar dalam dan luar negeri memperkaya ruang teks pula. Banyak penemuan melalui interaksi atau konflik antaranya di luar negeri yang mencetuskan kepekaan. Penyair lalu menghubungkannya dengan situasi atau keperluan di tanai air pula. Kota dan desa menjadi ragam dalam penghantaran sorotan untuk khalayak pembaca. Ia membuktikan adanya kemerataan idealisme penyair yang memadamkan kelompok manusia atau permasalahan dalam karyanya. Peranan penyair ialah menyuarakan - di mana-mana pun manusia memimpikan kesempurnaan!

R. Hamkama memilih subjek dengan caranya yang khas. Setiapnya kelihatan seumpama berlakunya pertembungan - di luar dan dalam diri. Sensitiviti dan persepsinya segera menyerap, berhujah atau berdebat. Pengalaman kreatifnya tampil menyarungkan baju kata, imej dan perlambangan kepada idea yang segera diberikan warna dan ritma. Puisinya diberi pula tataan dan perhiasan bisikan mesej atau amanat - sebagaimana yang disebut terlebih awal, secara berbalam-balam, dan dengan kaedah inilah karyanya terasakan akrab di hari khalayak pembaca. R. Hamkama menyungguhi gayanya ini merentasi tahun dan dasawarsa membentuk dan mencipta idiosinkrasi.

No reviews found