The journey of an architect assigned as Mercy Malaysia’s Head of Operations on a four-year-long reconstruction mission in disaster-struck Aceh, Indonesia. He became the pillar of hope and strength for the traumatised community where almost each family lost a loved one.
Aku, Aceh dan Tsunami tulisan bersama Norazam Ab Samah dan Syed Azwan Syed Ali ini dimulakan dengan laporan tsunami di media Malaysia, perjalanan memoir ini seterusnya membawa pembaca mengenali Norazam, iaitu arkitek yang terbabit dengan kerja kesukarelawanan.
Meskipun dunia kesukarelawanan dan bantuan kemanusiaan lebih dekat dengan bidang perubatan, sebagai arkitek Norazam ternyata punya ruang tersendiri dalam membantu golongan yang memerlukan seperti di Aceh, beliau membantu pembinaan kem bagi menempatkan mangsa yang terselamat.
Selain merakamkan prosedur memulakan bantuan kemanusiaan, naskhah ini turut merakamkan suka duka mangsa yang terselamat daripada tsunami yang melanda wilayah itu pada 2004.
Misalnya kisah Pak Bakar dan Pak Lah yang terselamat daripada gulungan ombak tsunami, namun malangnya mereka kehilangan isteri dan anak dalam tragedi sama.
Pak Bakar misalnya, hanya berjaya menyelamatkan dua anak perempuannya sedangkan isteri dan anak sulungnya, berusia 12 tahun lenyap di depan mata.
Mayat isterinya ditemui empat hari kemudian, namun anak sulungnya tidak ditemui sehingga kini.
Suasana kelam-kabut pada hari pertama tiba di Aceh juga dirakamkan dalam naskhah ini apabila gambaran mayat menimbun dan dilonggok-longgokkan di ruang kaki hospital menjadikan setiap langkah petugas perlu berhati-hati.
Hospital bukan hanya pesakit ditemukan, tetapi mereka yang patah hati, mencari-cari ahli keluarga yang hilang. Pada satu saat, agak menyentuh hati apabila mangsa tsunami merayu untuk memberi mereka rawatan terlebih dahulu supaya dapat mencari ahli keluarga yang masih hilang.
Peristiwa tsunami yang melanda Aceh itu sudah pun 15 tahun berlalu, tetapi parut kepedihan itu masih ada apatah lagi kehidupan sudah banyak berubah. Apa yang tidak berubah mungkin rasa kemanusiaan yang menyatukan apatah lagi kebanyakan mangsa adalah sebangsa dan seagama.
No reviews found