Aktiviti Galakan Membaca Pusat Sumber Sekolah [akademi jawi] [rak64]

Write a review
RM50.00
Ask a question
Price in points: 50 points
In stock
+

Aktiviti Galakan Membaca Pusat Sumber Sekolah - Kulit Lembut

Penulis: Projek Khas Tim PSS Idaman
ISBN: 9789671979815
Penerbit: Literasi Resources
Tahun: 2022
Bahasa: Melayu
Bil. Muka Surat: 321
Berat: 510 g

Setelah sambutan hangat siri buku Pusat Sumber Idaman, kali ini tim PDD idaman telah bergabung minda bersama pasukan Guru Perpustakaan dan Media serta pentadbir sekolah yang hebat. Mereka berkongsi pengalaman, panduan dan tip dalam melaksanakan aktiviti membaca yang bukan sahaja berjaya menarik minat malah telah terbukti memberi impak berkesan kepada kemenjadian murid.

Para penulis tidak lokek berkongsi pengalaman, malah turut menitipkan panduan dan rahsia bagi melaksanakan aktiviti membaca yang cemerlang. Garapan idea 25 pengalaman hebat ini diharap dapat dijadikan panduan dan membantu para pembaca khususnya Guru Perpustakaan dan Media, guru sekolah, pentadbir, ibu bapa dan para pencinta buku dalam melaksanakan aktiviti membaca di pusat sumber masing-masing.

Hasrat mereka hanya satu. Biarlah anak-anak murid di sekolah berlari ke Pusat Sumber Sumber, tidur mimpikan aktiviti, menyanyi riang, gembira memeluk buku dan rasa bahagia apabila membaca. Membaca bukanlah aktiviti yang membosankan tetapi boleh dilaksanakan dalam pendekatan yang menyeronokkan.

Semoga penulisan ini dapat memberi sumbangan dalam usaha memperkasakan pusat sumber sekolah supaya lebih dibangunkan demi merealisasikan aspirasi sebagai negara pembaca.

No reviews found