Save 15%

Ajaibnya Sedekah (L154)

Write a review
Old price: RM11.90
RM10.11
You save: RM1.79 (15%)
Ask a question
978-983-3372-28-7
Out of stock

 

Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3372-28-7 
ISBN-10: 983-3372-28-7
Tarikh Terbit: 18 Jun 2009
Jumlah Muka Surat : 184

Berat : 0.25kg

 ===============================

SARI RANSANG

Ajaibnya Sedekah membicarakan mengenai keajaiban dan mukjizat sedekah khususnya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan. Ia juga memberikan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah. Ia juga menjelaskan mengenai mukjizat sedekah dalam menghindar penyakit dan memanjangkan usia.

 ========================================================

ISI KANDUNGAN

Sekapur Sirih

BAB 1
Mukadimah:
Suatu Titik Menuju Dunia Sedekah

BAB 2
Keajaiban Sedekah:
Melihat Keajaiban Sedekah dengan Mata Hati   
Beberapa Kisah Keajaiban Sedekah   
Empat Jenis Keajaiban Sedekah   
Awas pada Bahaya Pemiskinan Makrifatullah   
Syahadat Bukan Syarat Mendapatkan Keajaiban   
Seorang Janda dari Florida

BAB 3
Seni Bersedekah yang Keliru 1:
Cara Bersedekah yang Salah   
Menyakiti Perasaan Orang Lain   
Menunjuk-nunjuk   
Merungut   
Kebiasaan   
Memberi Sesuatu yang Kita Tidak Mahu,
Bukannya Memberi Sesuatu yang Baik    
Memberi kerana Terpaksa   
Asalkan Memberi

BAB 4
Seni Bersedekah yang Keliru 2: Sedekah x Tujuan Keliru = 0 Kekuatan   
Niat yang Keliru    
Keajaiban   
Populariti   
Penghargaan   
Kekuasaan   
Mengikat   
Mengharapkan Balasan

BAB 5
Sedekah dan Bencana   
Sedekah yang Sebenar-benarnya   
Niat yang tulus dan ikhlas hanya kerana Allah   
Bebaskan diri anda daripada keraguan tentang jumlah    
Berahsialah   
Berikan kepada orang yang tepat   
Berikan yang terbaik   
Pengertian Bencana   
Sebab-sebab Terjadinya Bencana   
Bencana Orang yang Bersedekah   
Kekuatan Sedekah dalam Menolak Bencana

BAB 6
Sedekah dan Rezeki   
Pengertian Rezeki   
Hukum Ekonomi dan Formula Matematik Sedekah    
Keraguan-keraguan   
Hukum Tuhan: Sedekahlah!   
Kekuatan Sedekah dalam Menarik Rezeki

BAB 7
Sedekah, Penyakit dan Panjang Umur   
Misteri Umur dan Penyakit   
Adakah Umur Manusia termasuk dalam Kategori Takdir?   
Mungkinkah Semua Penyakit dapat Sembuh dan
Mungkinkah Semua Orang Panjang Umur?   
Kekuatan Sedekah dalam Memanjangkan Umur dan Menyembuhkan Penyakit

BAB 6
Penutup   
Sedekah Membawa Berkat   
Sedekah Menebus Dosa   
Sedekah Membuka Pintu Syurga

Tentang Penulis

 ==================================================

ULASAN

 

Sepertimana tajuknya, buku ini membawa kita memahami  selok belok amalan bersedekah. Ia suatu topik yang mungkin agak cliche bagi sebahagian kita. Tetapi tiadalah ruginya andai kita cuba mendatanginya dari sudut yang ilmiah. 

Menurut penulis, "Buku ini membincangkan berkenaan cara dan tujuan sedekah yang benar dan salah menurut pandangan Islam. Saya juga menyentuh bagaimana konsep ini turut dipraktikkan dalam agama atau ajaran lain. Saya juga mahu menunujukkan kepada saudara, pelbagai kemusykilan, anggapan, pendapat bahkan keyakinan berkenaan hakikat sedekah dalam Islam dibandingkan dengan sedekah dalam agama lain." Saya kira deskripsi dari penulis ini sudah cukup tepat menceritakan susun atur dan diskusi yang terdapat di dalam buku ini.
 
Saya menyambut baik keazaman dan kaedah penulisan buku ini. Banyak dalil Quran dan hadis telah beliau gunakan dalam membentangkan argumen beliau. Cubaan beliau untuk menukilkan pandangan-pandangan dari barat dan agama lain, kemudian diharmonikan dengan agama Islam adalah suatu cubaan yang cukup dikagumi dan dihormati. Ia benar-benar menampakkan keluasan pembacaan penulis.
 
Namun, pada hemat saya, huraian pada kebanyakkan pandangan yang dikongsikan tidak begitu mendalam dan tidak pula dinukilkan dari mana beliau mengambilnya. Begitu juga pada hadis-hadis yang disertakan. Tidak didatangkan sumbernya dan statusnya secara jelas. Relasi diantara argumen juga, pada saya, kurang meyakinkan dan kurang menguatkan diantara satu sama lain - mungkin saya yang sebenarnya gagal memahami dan menghubungkannya. Jika itu kesnya, mudah-mudahan Allah memahamkan saya padanya.

Pun begitu, adalah jelas bahawa buku ini ditulis dengan matlamat mahu menyuburkan amalan bersedekah dalam kalangan masyarakat kita, khususnya umat Islam. Walaupun masih boleh diperbaiki lagi buku ini pada beberapa aspek tertentu, ia tetap sedikit sebanyak menghidupkan semangat untuk bersedekah di dalam diri ini. Semoga saya dipermudahkan untuk beristiqamah dengan semangat ini. Wallahualam.
 
-sumber: Kami GeBu, https://bit.ly/2JdYdTz

No reviews found