Agar Dadamu Menjadi Lapang [BCO]

Write a review
RM19.00
Ask a question
Price in points: 19 points
Out of stock

Judul: Agar Dadamu Menjadi Lapang (Dwibahasa Arab-Melayu)
Judul Asal (Arab): ʿAsharat Asbāb li Inshirāḥ al-Ṣadr
Penulis: Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-Badr
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 98 m/s (Soft Cover)
ISBN: 978-967-2910-29-9


Kelapangan dada merupakan matlamat yang tinggi kedudukannya, keinginan yang mulia, dan kurniaan yang besar daripada Tuhan alam semesta.

Kelapangan dada bermaksud ketenteraman dan ketenangan, hilangnya hal-hal yang mengeruhkan dan menggusarkan, dan kekal bahagia dalam kehidupan yang baik dan mulia.

Sekiranya Allāh SWT melapangkan dada hamba-Nya serta memudahkan urusannya, maka realisasilah maslahat-maslahat agama dan dunia hamba ini, dan dia akan menggapai segala matlamat dan tujuannya. Dia akan dipermudahkan untuk melaksanakan ibadah, dia akan berasa senang melakukan ketaatan, dia mampu untuk menjaga maslahat dirinya, dan pendidikan anaknya akan menjadi mudah.

Sebaliknya jika dadanya sempit, maka banyak maslahat seorang hamba akan tergendala. Dia tidak berupaya untuk melakukan amalan, tidak cergas memasuki pintu-pintu kebaikan, malah dia tidak henti-henti berpindah-randah daripada sesuatu kegelisahan kepada kegelisahan yang lain, dan daripada sesuatu kedukaan kepada kedukaan yang lain.

Dalam buku ini, Shaykh ‘Abd al-Razzaq al-Badr mengulas tentang 10 penyebab yang membawa seseorang kepada dada yang lapang.

No reviews found