Setiap orang pernah mengalami masalah dalam hidupnya. Itu pasti. Tidak ada seorang individu pun yang tidak memiliki masalah sepanjang hayat. Yang miskin ada masalah, yang kaya juga sama. Pemimpin menghadapi masalah, begitu juga pihak bawahan. Pekerja memiliki potensi menghadapi masalah, pemilik syarikat juga tidak akan terhindar daripadanya. Jika tidak hari ini, masalah akan datang esok atau mungkin lusa. Hidup memang perjalanan daripada satu masalah ke masalah yang berikutnya. Buku ini mengandungi langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh orang yang beriman ketika masalah datang mendera. Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihuraikan di dalam buku ini adalah ikhtiar seorang hamba. Tugas kita bersama hanya menyempurnakan ikhtiar, hasil akhir kembali kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui.
No reviews found