=======================
Format: Paperback
Saiz: 5.5 x 8.5
ISBN-13: 978-967-408-115-7
Tarikh Terbit: 15 Feb 2013
Jumlah Muka Surat : 256
Berat (kg): 0.30
======================
Sinopsis
Abu Ayub Al- Ansari atau nama sebenarnya Khalid Bin Zain Bin Kulaib berasala drp Bani An-Najjar. Selain drp keistimewaan, rumahnya pernah menjadi persinggahan Nabi Muhammad s.a.w semasa peristiwa Hijrah ke Madinah, beliau juga dikurniakan umur yang panjang.
Semasa Khalifah Muawiyah melancarkan kempen bagi menakluk Kota Konstantinopel, beliau dengan penuh semangat tampil ke hadapan bagi ikut sama berjihad ke Kota Konstantinopel, Kota yang akhirnya menjadi tempat syahid beliau.
Review
Kisah Abu Ayub Al Ansari yang rumahnya dipilih oleh unta Nabi untuk dijadikan tempat menginap semasa peristiwa hijrah.
Di situ bermula kisah istimewanya beliau kerana dipilih di kalangan sekian banyak orang Ansar.
Sepanjang kisah beliau kemudiannya, beliau digambarkan sebagai seorang sahabat yang sentiasa berani untuk mengikuti setiap misi peperangan umat Islam walaupun setelah beliau mencapai usia 80 tahun.
Semangat juangnya masih tinggi walaupun tubuhnya kian uzur.
Istimewanya beliau kerana sempat bersama baginda Nabi Muhammad SAW sehingga baginda wafat, juga melalui zaman keempat-empat Khalifah.
Beliau meninggal dunia ketika zaman pemerintahan Muawiyah, dalam misi tentera Islam menggempur Kota Konstantinopel, dan dikebumikan di tepi benteng kota atas permintaan beliau sendiri kerana pernah mendengar Nabi bersabda bahawa akan ada tubuh seorang yang soleh dikebumikan di situ.
Kubur beliau telah digali dan dikebumikan semula di kawasan Kota ini, dibina tanda yang besar. Mayatnya masih elok ketika digali walaupun telah dikuburkan berbulan-bulan. -Nor Azzah
No reviews found