Tajuk: 5 Tahun Membina Empayar PSS Idaman
ISBN: 9789671979808
ISBN: 9789671979808
Penerbit: Akademi Jawi Malaysia Sdn Bhd
Penulis: Shah Ridha Abdul Jalil
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 296
Halaman:Hitam&Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg):0.5
Dimensi (cm): 21.5cm x 13.9cm x 1.9cm
Penulis: Shah Ridha Abdul Jalil
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 296
Halaman:Hitam&Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg):0.5
Dimensi (cm): 21.5cm x 13.9cm x 1.9cm
Sinopsis
5 Tahun Membina Empayar PSS Idaman merupakan buku solo pertama Shah Ridha Abdul Jalil setelah buku Panduan Pusat Sumber Idaman yang dihasilkan bersama lima penulis lain mendapat sambutan hangat.
Buku ini menceritakan usaha beliau dan pasukannya membangunkan Pusat Sumber (PS) SMK Seri Pulai Perdana (SMKSPP), Kulai, Johor selama lima tahun (2015 hingga 2019) daripada sekadar sebuah bilik kosong sehingga berjaya dan cemerlang dengan mempunyai 12 bilik khas, tiga galeri dan yang terbaru, perpustakaan kontena menggunakan solar di padang sekolah. Penulis berkongsi semua acara dan program, perubahan, inovasi dan apa sahaja yang cuba dilakukan di PS termasuklah segala pahit dan manis, suka dan duka, serta kejayaan dan anugerah yang diterima.
Penulis percaya, PS yang cemerlang ibarat sebuah keluarga yang menggabungkan kekuatan GPM dan kemenjadian murid menerusi Pengawas Pusat Sumber (PSS) meskipun tidak pernah tercalon sebagai Anugerah Pusat Sumber Cemerlang.
Kini, PS SMKSPP menjadi sebutan ramai dan menjadi tempat rujukan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari dalam dan luar negara.
“Saya mengubah landskap dan keseronokan pengurusan pusat sumber (PS) dan pengawas pusat sumber (PPS) menjadi inspirasi kepada PS sekolah-sekolah Malaysia. Setiap GPM mempunyai masalah dan halangan untuk mengurus PSnya. Di sini, kreativiti amat diperlukan – tidak semestinya GPM mesti pandai melukis, tetapi kreatif dalam mengurus. Bacalah buku ini: perkongsian daripada seorang GPM yang seronok mengurus pusat sumbernya.”
No reviews found