40 Sirah Popular Yang Diragui Berkenaan Nabi & Sahabat

Write a review
RM20.00
Ask a question
Price in points: 20 points
In stock
+

Buku “40 Sirah Popular Yang Diragui Berkenaan Nabi & Sahabat” ini ditulis bagi membetulkan kefahaman masyarakat mengenai kisah-kisah popular yang selalu kita dengar. Allah s.w.t. menciptakan dunia kerana Nabi s.a.w. Saidina Umar r.a. membunuh anak perempuannya semasa zaman jahiliah Abdul Rahman Bin ‘Auf merangkak masuk syurga disebabkan terlalu kaya Ucapan “ummati , ummati” (umatku) ketika akhir hayat Baginda s.a.w. Kisah-kisah ini disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. dan juga sahabat. Kisah-kisah ini didatangkan dengan pelbagai versi bertujuan bagi mendatangkan pengajaran dan amalan kepada pendengar. Walhal, kisah-kisah ini, sebahagian besarnya bertaraf lemah, malahan ada yang sampai ke peringkat palsu. Taraf lemah atau palsu ini ditetapkan berdasarkan piawaian penilaian para ulama yang disebutkan di dalam buku ini. Mudah-mudahan, buku ini menjadi pencetus supaya kita mempelajari sirah yang sahih bersumberkan riwayat muktabar dan diperakui. Di samping menjadikan perbincangan ini, perbincangan yang ilmiah berkenaan riwayat-riwayat sirah yang ada perselisihan para ulama.

No reviews found