Tajuk: 270 Hari Perempuan Melayu Di Afrika Sepanjang Pandemik
ISBN: 9789672671237
Penerbit: Kenyalang 2022
Penulis: Nora Jane Wahab
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 417
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg):0.425
Dimensi (cm): 20cm x 13cm x 3.1cm
SINOPSIS
"Hidup ini ada batasnya, tetapi kita tidak boleh menjadi manusia yang terikat dan terkurung kerana batas tersebut! Kita sendirilah yang mencipta sempadan, mensabotaj pandangan kita terhadap diri kita, mensabotaj kehidupan dan masa depan kita dengan sesuatu yang tidak relevan.
Maka, ada dua cara untuk mempercayai diri sendiri tentang batas-batas kehidupan yang kita cipta; Pertamanya, jika kita percayakan diri kita, maka kita akan mampu mengalihkan sebuah gunung. Keduanya, jika kita percayakan diri kita, maka boleh jadi juga kita tidak akan menemui gunung itu.
Apa yang kita percayai sama ada kepercayaan dalam kehidupan peribadi sendiri, cinta, kerjaya, masa depan atau anak-anak, semuanya ada pada kita. Kita adalah apa yang kita percaya."
- Nora Jane Wahab
Siapa sangka, seorang wanita Melayu mampu menjelajah negara-negara di benua Afrika seperti Uganda dan Sudan seorang diri selama 270 hari, dengan suasana pandemik COVID-19 yang melanda dunia menyukarkan lagi situasi. Pelbagai cabaran dan kesukaran dirintangi Nora. Di sebalik pelbagai mehnah, beliau membuktikan, dengan kekuatan dan daya tahan yang tinggi, segala-galanya serba mungkin.
Travelog ini wajar dibaca oleh semua pengembara, terutama mereka yang berhasrat merantau secara solo ke tanah asing demi mencari makna diri.
No reviews found