Dato Zulkifli Abdul Malek penerima Darjah Order of The Rising Sun daripada Maharaja Jepun berkongsi pengalaman mengenai pengurusan Bisnes Gaya Jepun.
Menariknya pendiri bisnes di negara Jepun dapat menjadikan bisnes mereka bertahan lama dan merupakan negara yang paling banyak mempunyai syarikat lebih 100 tahun di dunia.
Pastinya mereka ada rahsia dan cara tersendiri dalam menguruskan bisnes mereka. Pengarang buku ini yang telah terlibat lebih daripada 30 tahun bersama para pemilik bisnes di Jepun telah mengenalpasti 27 ciri dan budaya utama komuniti pendiri bisnes di Jepun.
Buku ini bukan sekadar teori tetapi berdasarkan pengalaman dan cerita sebenar oleh seorang yang terlibat secara langsung dengan lebih daripada 10 syarikat multinasional Jepun di peringkat antarabangsa dan tempatan.
Kelebihan buku ini juga dilampirkan QR Code ke pautan video berkaitan dan koleksi rakaman temubual pengarang di media massa.
Video Siri Program Urus bisnes gaya Jepun dan program Kengaku (lawatan belajar ke kilang antarabangsa di Jepun) turut dimuatkan.
No reviews found