SIRI MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN UTUSAN terdiri daripada buku-buku yang mengkhususkan kepada konsep pemikiran positif dalam mencapai matlamat diri dan masyarakat Kupasannya berlegar dalam ruang untuk menyerlahkan keunggulan personaliti dan menghasilkan kecemerlangan dalam perhubungan diri sendiri dan anggota masyarakat Siri ini sarat dengan konsep dan teknik untuk menghasilkan kecemerlangan.
Hidup hari ini perlu lebih baik daripada semalam dan hidup hari esok perlu lebih baik daripada hal ini: Begitulah hakikatnya. Manusia perlu berubah agar menjadi lebih baik dan berjaya. Namun, proses perubahan ada senang ada susahnya. Semakin besar perubahan yang dilakukan semakin besarlah pengorbanannya. Makin besar pengorbanannya semakin bermaknalah kejayaan yang dikecapi.
Namun, pengorbanan terhadap perubahan yang cuba dilakukan mungkin 'sia-sia jika tidak kena cara dan dilakukan secara membuta tuli. Dalam kata lain, untuk berubah kita perlu tahu caranya agar tidak kecewa sendiri. Oleh itu, buku yang berjudul 19 Tabiat Kuasa Perubahan ini menyajikan tabiat yang boleh diamalkan dan membantu dalam proses perubahan ke arah yang lebih baik. Tabiat yang diketengahkan merupakan tabiat orang yang telah berubah dan telah mengecapi kejayaan.
No reviews found