Save 15%

#12 Sherlock Holmes: Penunggang Basikal Solo, Misteri Kehilangan di Sekolah Priory & Misteri Kematian Black Peter (M8)

Write a review
Old price: RM10.00
RM8.50
You save: RM1.50 (15%)
Ask a question
978-967-369-525-6WO
Out of stock

Isi kandungan

1. ​Penunggang Basikal Solo

2. Misteri kehilangan di Sekolah Priory

3. Misteri Kematian Black Peter

 

Penunggang Basikal Solo

Cik Violet Smith datang ke Baker Street untuk meminta nasihat kerana merasakan dia diekori oleh seorang lelaki semasa menunggang basikal ke rumah majikannya. Lelaki itu menunggang basikal tidak jauh di belakangnya dan mengikuti setiap gerakannya. Cik Violet Smith pernah cuba memerangkap lelaki itu, bagaimanapun tidak berjaya kerana lelaki itu tiba-tiba hilang begitu sahaja. Dr Watson berpendapat yang ia cuma sebuah kes remeh yang pelik, bagaimanapun Sherlock Holmes merasakan ada bahaya yang sedang mengintai wanita muda itu.

 

Misteri kehilangan di Sekolah Priory

Sherlock Holmes dan Dr Watson dikunjungi seorang pengetua sekolah persiapan persendirian yang bingung kerana pelajarnya, seorang anak bekas menteri yang berpengaruh tiba-tiba hilang dari sekolah. Lebih merumitkan keadaan, seorang daripada guru di sekolah ituyang mengajar bahasa Jerman turut hilang. Pengetua sekolah tersebut mengesyaki pelajarnya itu melarikan diri untuk berjumpa dengan ibunya yang baru sahaja berpisah dengan ayahnya. Bagaimanapun, daripada kesan tayar basikal dan tapak lembu yang dijumpai, Sherlock Holmes berasa khuatir yang kes ini lebih rumit daripada itu.

 

Misteri Kematian Black Peter

Seorang inspektor polis muda bernama Stanley Hopkins yang mengidolakan Sherlock Holmes datang meminta bantuan penyiasat tersohor itu atas sebuah kes yang pelik. Captain Peter Carey ataupun lebih dikenali sebagai Black Peter telah dijumpai mati ditikam dengan serampang dan mayatnya tercakak pada dinding. Sherlock Holmes membuat uji kajinya sendiri, dan mendapati bukan mudah untuk menjadikan mayat dalam keadaan begitu. Sherlock Holmes dan Dr Watson telah pergi ke lokasi berlakunya jenayah dan mendapati kunci bilik Black Peter yang keadaannya seperti kabin yang sudah dirosakkan. Sherlock Holmes yakin, orang yang cuba menceroboh itu akan masuk kembali. Berjayakah mereka memerangkap pembunuh Black Peter?

  1. Penyiasatan Benang Berdarah
  2. 4 Pemburu Harta
  3. Skandal di Bohemia
  4. Misteri Lembah Boscombe
  5. Misteri Delima Biru
  6. Pilu Seorang Bangsawan
  7. Silver Blaze
  8. Ritual Keluarga Musgrave
  9. Jurubahasa Yunani
  10. The Hound of the Baskervilles
  11. Perangkap Rumah Kosong
  12. Penunggang Basikal Solo
  13. Si Jahat Charles Augustus Milverton
  14. Misteri Kehilangan Pemain Ragbi
  15. The Valley of Fear
  16. Pembunuhan di Wisteria Lodge
  17. Pelan Bruce-Partington
  18. Misteri Klien yang Masyhur
  19. Misteri Puntianak Sussex
  20. Misteri Surai Singa

No reviews found