SINOPSIS
Firman Allah SWT dalam surah Fathir ayat 15, maksudnya: "Wahai sekalian manusia, kamu semua mengharapkan kepada Allah, sedangkan Allah SWT itu maha Kaya (dari meminta kepada kamu)".
Setiap kita pasti mengharapkan kasih sayang Allah SWT untuk mendapatkan sesuatu kebaikan atau mengelak sesuatu keburukan. Sebenarnya kualiti doa itu dipengaruhi oleh kaedah doa itu sendiri, kesungguhan, serta keikhlasan orang yang mengucapkannya.
Sesuatu doa akan dimustajabkan Allah apabila menepati waktunya adanya dan tentunya jika dia berpandukan kepada munajat para nabi, rasul dan golongan salihin sebelum kita. Justeru himpunan doa dan munajat dari al-Quran ini merupakan satu usaha memberikan kepada para Muslimin dan Muslimat kefahaman tentang doa-doa yang Allah SWT ajar kepada kita untuk mengucapkannya dalam setiap situasi yang dihadapi.
Mudah-mudahan kelahiran buku ini menjadi pemangkin mengajak kaum Muslimin Muslimat kembali kepada al-Quran di samping al-Sunnah dalam pendekatan doa yang sebenarnya harus dipilih sebagai usaha mencari penyelesaian kepada setiap masalah yang berlaku.
KELEBIHAN
• Terdapat 101 Doa para nabi dalam al-Quran berserta khasiat dan kaifiat beramal seterusnya menyingkap rahsia munajat para nabi.
• Menyelitkan adab-adab berdoa yang perlu dijaga supaya doa dimakbulkan Allah.
• Menelusuri waktu-waktu mustajab untuk berdoa sebagai panduan pembaca.
No reviews found