100 WARKAH 1000 IMPIAN ANWAR PM-10 | CORETAN RAKYAT MALAYSIA (JILID 1) - MALAYSIA MADANI [NUHA]

Write a review
RM50.00
Ask a question
Price in points: 50 points
978-967-2456-68-1
In stock
+

100 Warkah, 1000 Impian, Anwar PM-10 – adalah himpunan 100 warkah merangkumi suara hati, pandangan, impian, iltizam dan harapan kepada seorang Anwar, Perdana Menteri Malaysia.


Dalam budaya kita, menulis warkah adalah satu kebiasaan yang makin dilupakan dengan kemunculan pelbagai gajet dan kepesatan media sosial. Apa yang lebih luar biasa ialah menulis kepada pemimpin dan warkah tersebut disebarluaskan untuk tatapan umum. Ini adalah kerana apa yang diluahkan mungkin juga yang dipendam oleh kelompok yang lain. Warkah-warkah di dalam buku ini menuntut kefahaman dan pengertian YAB Perdana Menteri dan saf kepimpinannya dengan hati dan minda yang terbuka.


Harapannya, 100 warkah yang dicoretkan ini mampu menjentik akal budi seorang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Perdana Menteri Malaysia. Mereka ini dewasa bersama pengalaman sebagai manusia yang sering diuji selain mangli dengan sepak terajang politik negara yang telah bebas merdeka daripada penjajah selama lebih enam dekad!

Kami tidak mahu berlebihan, kami mahu anda menekuni naskhah ini seadanya!

No reviews found