||| Katalog Buku ||| Laman Utama ||| Terma dan Syarat ||| Panduan Pembelian ||| FAQ ||| Buku Teks 2014 ||| Hubungi Kami ||| Pos Laju Track & Trace ||| Pautan ||| Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2014 ||| Site Map |||


Your Cart

Your Cart is currently empty.

Bank rates source: Exchange Rates

PDFPrintE-mail
Budaya Inovasi: Prasyarat Model Baru EkonomiBudgeting For Performance

Budaya Usahawan Berjaya
View Full-Size Image


Budaya Usahawan Berjaya

( Penerbit UTM (UTM Press) )
Price per Unit (piece): MYR 30.00


Bidang keusahawanan dan perniagaan merupakan satu bidang yang dipandang mulia oleh ajaran Islam. Di samping ianya merupakan satu bentuk ibadah kepada Tuhan, bidang ini juga turut menjanjikan pulangan yang tinggi serta merupakan satu sumber rezeki terbaik dibandingkan dengan sumber pendapatan lain. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri merupakan model usahawan yang sangat berjaya bukan hanya di peringkat domestik tetapi juga merentasi sempadan negara lain sebelum baginda diutuskan menjadi pembawa risalah agama Islam. Kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang usahawan yang ditunjukkan melalui sikap gigih, dedikasi, sabar, dan amanah merupakan contoh terbaik untuk diikuti oleh usahawan muslim pada masa kini. Sehubungan itu, ajaran Islam menekankan proses pembentukan usahawan muslim yang berjaya namun dalam masa yang sama berpegang teguh kepada ajaran Islam. Justeru, pendidikan sepanjang hayat (life long learning) perlu diberi penekanan dalam proses pembentukan usahawan muslim berjaya.

Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan, panduan, dan bahan bacaan oleh para usahawan, bakal usahawan, pakar motivasi keusahawanan, ahli akademik, ahli politik, dan para pelajar di institusi pengajian tinggi serta sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang keusahawanan.

BIODATA
Buerah Tunggak ialah pensyarah di Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan (Pendidikan dan Pembangunan) dari Universiti Teknologi Malaysia; Ijazah Sarjana Pendidikan; Diploma Pendidikan; dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) pula dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta pemegang Diploma Pendidikan Islam dan Diploma Pengajian Al–Quran, kedua–duanya dari Institut Pengajian Ilmu–ilmu Islam (IPI), Kajang, Selangor yang kini dikenali sebagai Kolej Dar al–Hikmah (KDH). Bidang kepakaran beliau ialah Pendidikan Ekonomi, Budaya Niaga, dan Keusahawanan Islam.
Hussin Salamon ialah Profesor Madya di Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Beliau dilahirkan pada Januari 1963 di Muar, Johor dan merupakan anak bongsu daripada 11 orang adik–beradik. Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Saham dan Pasaran Saham) dari Center for Islamic Studies, University of Wales, Lampeter, United Kingdom pada tahun 1998; Diploma Falsafah Sains Islam dari Institut Pengajian Ilmu–ilmu Islam (IPI), Kajang, Selangor yang kini dikenali sebagai Kolej Dar al–Hikmah (KDH) pada tahun 1996; Ijazah Sarjana Ilmu Wahyu dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) pada tahun 1991; dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) juga dari IIUM pada tahun 1987. Beliau aktif membentangkan kertas kerja dalam seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa terutamanya dalam bidang Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam. Beliau ialah Ahli Jawatankuasa Shariah AIA Takaful International, Ahli Jawatankuasa Shariah SME Bank, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, Ahli Panel MQA Kebangsaan, dan Panel Penasihatan Industri Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) Johor.

KANDUNGAN

Prakata

BAB 1 PENDAHULUAN
Pengenalan
Pembangunan Sosioekonomi Melalui Kelahiran Usahawan Muslim
Keperluan Pendidikan dalam Pembangunan Usahawan
Rumusan

BAB 2 PEMBANGUNAN DAN BUDAYA
Pengenalan
Perspektif Pembangunan Barat
Konsep Pembangunan dalam Islam
Konsep Budaya dan Tamadun
Konsepsi Islam terhadap Budaya
Budaya Masyarakat Melayu
Polemik Pengaruh Hinduisme, Budhisme dan Islam
Kesan Penjajahan British Terhadap Budaya Niaga Islam Masyarakat Melayu
Budaya Ilmu ke arah Melahirkan Usahawan Cemerlang
Rumusan

BAB 3 KONSEP NILAI, ETIKA, MORAL DAN AKHLAK
Pengenalan
Definisi Nilai
Definisi Moral
Definisi Etika
Aliran Etika Barat
Retionalisme
Utilitarianisme
Universalisme/idealisme
Vitalisme
Naturalisme
Hedonisme
Definisi Akhlak Islam
Hubungan antara Nilai, Etika, Moral dan Akhlak Islam
Rumusan

BAB 4 ETIKA ISLAM DALAM KEUSAHAWANAN
Pengenalan
Etika dalam Sistem Ekonomi Islam
Elemen-elemen Nilai dan Etika Perniagaan dalam Islam
Kepentingan Nilai dan Etika Islam dalam Keusahawanan
Sumber-sumber Nilai dan Etika Islam
Al–Quran
Al–Sunnah
Al–Ijmak
Al Ijtihad atau Qiyas
Nilai dan Etika Islam
Pendekatan Islam dalam Pelaksanaan Etika
Rumusan

BAB 5 PEMBANGUNAN USAHAWAN DALAM ISLAM
Pengenalan
Keusahawanan Menurut Perspektif Barat
Keusahawanan dan Pembangunan Ekonomi
Hubungan antara Nilai, Sikap dan Motivasi Keusahawanan
Falsafah Kegiatan Ekonomi dan Perniagaan dalam Islam
Konsep Kejayaan dalam Islam
Konsep Kerja sebagai Ibadah
Keusahawanan Menurut Perspektif Islam
Kedudukan Keusahawanan dalam Islam
Pembinaan Budaya Niaga Islam
Rumusan

BAB 6 PENDIDIKAN DALAM MELAHIRKAN USAHAWAN CEMERLANG
Pengenalan
Konsep Pendidikan
Konsep Ilmu dan Kepentingan Pendidikan
Tujuan dan Matlamat Pendidikan dalam Islam
Kontinum Pendidikan Sepanjang Hayat
Kepentingan Pendidikan ke arah Pembinaan Usahawan Cemerlang
Kaedah Pendidikan terhadap Golongan Usahawan
Rumusan

BAB 7 MODEL PEMBANGUNAN USAHAWAN
Pengenalan
Nabi Muhammad sebagai Model Usahawan Muslim
Model–model Pembangunan Usahawan Bumiputera di Malaysia
Proses Pembentukan Sikap Keusahawanan
Program Pendidikan dan latihan Keusahawanan Berterusan
Peranan Institusi Tidak Formal
Rumusan

BAB 8 KESIMPULAN
Pengenalan

RUJUKAN
INDEKS








kedaibuku.com.my tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan / kerugian yang dialami kerana menggunakan

mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Laman web ini diselenggarakan oleh ILHAM Management Consultants Sdn.Bhd.

Copyright © 2012 ILHAM Management Consultants Sdn.Bhd. All Rights Reserved.


Best Viewed Using Google Chrome & Mozilla Firefox with resolution 1024 x 768 & above. Internet Explorer will facing some difficulty to access some page